Saturday, June 7, 2008

Puding roti..

Umi ni bukan pandai memasak sangat tapi bile dapat resepi ni, sekali cuba terus jadi...senang jer, cost dia pun tak mahal sangat..bolehlah buat untuk minum petang bersama keluarga...Kalau nak cuba ni resepinyer..

Bahan2:

Sebungkus agar-agar
6/7 keping roti gardenia
5/6 biji telur
1 1/2 cawan gula(kalau nak kurang manis kurangkan sukatannya)
1 tin susu cair
2 sudu marjerin
sedikit esen vanilla
Sehelai daun pandan

Cara2:

Agar-agar di masak dengan air dan daun pandan sehingga agar-agar tersebut hancur. Dah hancur masukkan gula dan kacau hingga sebati. Tapi sebelum tu boleh sediakan bahan2 lain iaitu blenderkan semua roti, telur, marjerin,susu cair dan esen vanilla tu hingga hancur. Bila agar-agar dan gula tu dah sebati masukkan bahan-bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap hingga masak kemudian boleh sejukkan di dalam bekas yang sesuai. kalau nak buat lebih interesting boleh masukkan pelbagai colour supaya puding ni lebih colourful.

No comments: